Pokok Yang Kita Tak Pernah Lihat
Okay, sekarang kita beralih kepada plantation pulak ye. Hmm, memang tak dinafikan banyak buah, kacang, herba dan lain-lain yang biasa kita tengok di dapur, kedai dan pasar tetapi kita tak tahu bagaimana rupa asal pokok itu. Contohnya ialah kacang badam. Pernahkan korang terfikir bagaimana pokok kacang badam? Hmm...mesti ramai yang tak tau kan? Jadi, aku previewkan sikit beberapa jenis pokok yang memang korang familiar tapi tak pernah tengok. Jom!
~ ARGAN ~
Dalam bahasa saintisnya pokok Argan dikenali sebagai Argania Spinosa L. dan terdapat banyak di Morocco. Biasanya buah argan digunakan untuk menghasilkan minyak (Argan Oil) yang biasanya digunakan untuk produk kecantikan, sebab itu ramai yang memanggil minyak Argan sebagai "liquid gold". Aku pun dah try minyak Argan dari Bodyshop, memang superb!
Inilah buah Argan. Kalau dah matang buahnya bertukar berwarna coklat terang dan korang boleh nampak isinya berwarna putih selepas kulitnya dikopak. Isi itulah yang menghasilkan Minyak Argan. |
Yang daebaknya kambing-kambing di Morocco sangat gemar memakan buah-buah Argan. Sebab tu mereka pandai memanjat pokok walaupun berkaki empat! Ni tak tipu, memang reality! |
~ VANILLA ~
Kalau sebut sahaja pasal Vanilla, yang ada dalam kepala korang mesti flavor kan? Macam Essence Vanilla. Tapi, ramai yang tak tahu yang Vanilla mempunyai pokok yang unik di mana merupakan dalam keluarga orkid. Menurut Wikipedia, Vanila merupakan sejenis tumbuhan keluarga orkid yang berasal dari Mexico dan kini banyak ditanam di kawasan tropika. Vanila telah ditemui oleh orang Sepanyol yang diketuai oleh Bernal Diaz del Castillo pada 1952.
Dua gambar di atas adalah pokok Vanilla. Macam orkid kan? |
~ ALMOND (BADAM) ~
Waaa...meleleh air liur ni kalau teringat kat kacang badam, sebab memang pebret aku weh. Okay, nama saintifiknya ialah Prunus dulcis, sinonim Prunus amygdalus, atau Amygdalus communis. Amboi, terbelit lidah menyebutnya. Okay, kalau korang nak tau badam yang korang makan itu sebenarnya diselaputi satu lapisan keras (macam cengkerang/pepauh) yang dipanggil endocarp.
Macam mana? Rasa geram je tengok pokok badam ni. Saiznya nampak besar tapi lepas dikopek pepauhnya maka saiz dia sama macam yang korang nampak tu. Kat Malaysia tak boleh tanam ke ek? |
~ SAFFRON (ZA'FARAN) ~
Saffron atau juga dikenal sebagai Za'faran merupakan sejenis pokok herba berupa bunga yang mempunyai kelopak-kelopak bunga berwarna ungu dan tiga stigma yang berwarna merah. Jangan korang tak tau yang Saffron merupakan herba yang termahal di dunia, okay! Saffron sangat berkhasiat terutamanya untuk merangsang kekuatan minda, demam, batuk, kecing manis, darah tinggi etc. Aku pernah dengar 1gm Saffron berharga RM30-40. 1gm jer weh.
~ SESAME (BIJAN) ~
Siapa tak kenal bijan kan? Pokok
bijan tumbuh menegak setinggi 1 meter dan mengeluarkan bunga kecil
berwarna putih keungguan serta berbau harum. Secara komersialnya, bijan
ditanam untuk mendapatkan bijinya sahaja. Pokok bijan akan dipotong dan
dikeringkan. Kapsul biji yang telah kering akan digoncangkan untuk
mengeluarkan bijinya. Kulit bijinya pula perlu dibuang sebelum digunakan
kerana rasanya agak pahit dan tidak dapat diekstrak oleh sistem badan
manusia (boleh mengakis usus kita).Selain itu, bijan juga dihasilkan dalam bentuk minyak. Nak tau pokok dia macam mana?
Inilah rupa pokok bijan. Tak tinggi pun, lebih kurang satu meter saja. Biji-biji bijan terkandung di dalam kapsul-kapsul pokok tu. |
Nampak tak biji-biji dia yang putih tu? Itulah biji bijan yang selalu kita makan. Sebelum dituai, ia perlu dikeringkan terlebih dahulu. |
~ POMEGRANATE (DELIMA) ~
Delima atau nama saintifiknya Punica granatum merupakan sejenis pokok renek
atau pokok kecil daun luruh yang berbuah dan boleh membesar sehingga
ketinggian lima hingga lapan meter. Pokok delima berasal daripada Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba. Aku merupakan penggemar buah ni disebabkan khasiatnya khususnya untuk kaum hawa. Jom tengok mana rupanya pokok delima ni ye.
Ini adalah bunga dan putik buah delima. Bunganya pun dah sangat cantik ya. |
Waw...Inilah dia pokok delima. Ommo...sepanjang jalan tu merah je. Cantik.... |
Inilah buah kesayanganku... Ready to eat! |
Itu saja untuk santapan hari ini. Kalau ikutkan memang banyak sangat pokok-pokok lain yang nak dimasukkan tapi aku tak ada banyak masa. Okay, adios!
ohsome..baru saya tau rupa pokok2nya.
ReplyDelete