Bunga-Bunga Tercantik (My List)

Kalau korang perasan semua orang sibuk nak cari The most beautiful faces in the world, Mr Handsome etc. Hadoi! Yang menyakitkan hati semua list adalah artist / selebriti (plus muka plastik), macam bias je kan? Mana tau kat ceruk-ceruk pelosok dunia ni ada ramai lagi yang cantik dan kacak tapi bukan golongan selebriti, ala-ala kecantikan yang tersorok dari pandangan ramai, macam aku kikikih. Okay, kita buat lain sikit. Tak mau nak list muka-muka orang tapi kali ini kita akan tengok list bunga-bunga cantik dan mengagumkan. Carta bunga ni bukan diiktirafkan oleh mana-mana organisasi ya, ianya cuma dari sudut pandangan mataku sahaja. Kalau sesiapa tau jenis-jenis bunga yang awesome cantik & rare boleh la kita share. Check it out!!!


1. ROSE / MAWAR / ROS
The winner is rose! Bunga kegemaranku. Sesiapa yang tak kenal bunga ros memang nak kena pelempang Jepun. Mana-mana wanita memang sukakannya. Ros bukan setakat cantik tetapi turut mempunyai haruman yang sangat memikat hati! Selain warna merah, ros juga terdapat pelbagai variasi warna yang lain seperti kuning, putih, pink, biru dan sebagainya


2. ORCHID / ORKID
Fuiyoo... Orkid memang tumbuhan yang daebak sekali. Sesiapa yang memandang mesti tertarik, macam ada aura je. Kalau korang nak tau orkid ni mempunyai berpuluh ribu spesies, tu belum campur lagi spesies yang tidak diketahui. Kalau korang google korang akan tengok pelbagai jenis orkid yang sangat-sangat cantik dan colourfull. Huh...nak tanam orkid lepas ni.


3. GLADIOLI 
Kalau korang tengok bunga Gladioli memang akan ternganga luas. Pokonya lain dari lain di mana ketinggiannya cuma 4 kaki, rendah je weh. Gladioli banyak terdapat di South Afrika, Asia dan Mediterranean Europe. Terdapat perlbagai warna yang pastinya membangkitkan mata korang yang lesu tu. Nah aku belanjer korang dengan Gladioli! Ohhh...!


4. LILY / LILI
Lili terdiri dalam keluarga tanaman bakong dan banyak terdapat di Jepun, Eropah dan Asia. Lili ada banyak jenis dan spesis di mana korang boleh tengok rupa, bentuk dan warna setiap spesis adalah berbeza. Antara spesis popular dalam keluarga lili ialah Water Lily, Fire Lily, Calla Lily, Kaffir Lily, Cobra Lily dan bermacam-macamlah. Hmm...cantiknya lili, ada yang macam bunga orkid juga.


5. SUNFLOWER / MATATARI
Siapa yang tak kenal dengan bunga matahari ni, warnanya yang kuning jingga itu boleh mencuri pandangan sesiapa, ditambah pula dengan saiznya yang gedabak. Bunga matahari boleh di tanam di Malaysia. Aku pernah tanam jenis matahari yang gedabak tu memang senang hidup dan tak perlu nak jaga sangat. Ketinggian pokok ni hampir sama dengan ketinggian kita. Hmm...nak tanam balik pokok matahari kat depan rumah nanti. Yakz!


6. CHERRY BLOSSOM / SAKURA
Pernah dengar pokok Sakura yang popular di Jepun tu? Inilah dia Sakura ataupun dikenali sebagai Cherry Blossom. Cherry Blossom merupakan tumbuhan asli di Banjaran Himalaya, Bengal Utara dan Asia Timur (Jepun, Korea & China). Pokok ni sangat femes-memes di Jepun di mana mereka turut mengadakan satu festival dan berkumpul di bawah pokok ini. Bilalah agaknya aku dapat menikmati pesta Sakura ya?


7. PEONY
Wah, peony memang cantik giler. Klau korang rajin korang boleh google baca tentang bunga peony ni. Rupa peony semasa separa menguncup memang lain dan bila mengembang mak aih.... magnificent giler, cantik...lebih-lebih lagi yang warma merah pekat tu. 


8. CARNATION / TELUKI
Dalam Bahasa Melayu kita panggil bunga Teluki, pernah dengar tak? Pokok bunga teluki ni tak tinggi pun, lebih kurang dalam 2 kaki jer. Kalau di Malaysia Teluki ditanam di tanah tinggi Cameron Hihgland memandangkan ia memerlukan suhu sederhana (suhu maksimun sekitar 21°C). Kalau aku nak tanam belakang rumah memang tak menjadilah jawabnya. Kalau korang perhatikan di bibir bunga teluki tu ada corak yang berbeza warna, macam dilukis dengan penlah pulak. Cantik...


9. TULIP
Bila kita bercakap pasal Tulip mesti fikiran kita akan melayang ke Holland (Netherlands) dengan figura kincir angin dan lambakan Tulip yang memenuhi ladang berekar-ekar luasnya. Seperti bunga ros, Tulip pun terdapat pelbagai warna yang mampu menangkap pandangan korang. Pokoknya kecil sahaja, lebih kurang setinggi 28 inci. Bunga tulip ni nampak simple tapi cantik dengan 6 kelopak bunga. Bila agaknya dapat ke Holland ya?


10. MAGNOLIA
Aiskrim-aiskrim magnolia...tak laku balik India. Oops! Magnolia ni bunga ye, bukan brand aiskrim Magnolia yang korang nyam-nyam tu. Magnolia mempunyai bau yang tersendiri dan wangi. Korang boleh lihat di pasaran yang menggunakan haruman magnolia untuk perfumes / lotion. Magnolia juga ada pelbagai warna seperti putih, pink, merah, ungu dan kuning. Dikatakan terdapat kira-kira 200 spesis bunga ni.

Itu sahaja list-list bunga yang cantik-mantik dapat aku paparkan. Sebenarnya terdapat banyak sangat bunga-bunga lain yang sangat cantik tapi tak larat nak list banyak-banyak di sini. Kalau aku ada banyak masa munkin kita boleh review pulak bunga-bunga pelik atau yang jarang kita tahu. Yeay....



Comments

Popular Posts