BaLi SaNa! BaLi SiNi! Ada Apa Dengan Bali?

Actually, aku dah sampai ke Bali tahun lepas, May 2013, tapi la ni baru sibuk nak menghebahkan berita ni ececece... Bukan apa, tadi duk syok baca blog orang dan rasa.... rasa... rasa... macam best je ada blog sendiri. Oleh yang demikian, aku yang syok sendiri ni pun nak menggatal tangan nak jadi "konon2 blogger" lah!.

Sebelum ke Bali aku adalah buat survey sikit sebab kita orang Islam ni memang concern pasal 'kemelantakan' sama ada halal ke tak. Ada ramai gak yang cakap susah nak cari makanan halal. Hmm... macam mana pun aku gigihkan juga pergi. Paling koman pun terpaksalah makan buah ke, sayur ke, rumput ke atau seangkatan dengan ciri2 herbivore. Huh... aku memang dah terbiasa makan benda2 tu, nanti aku cerikan pada korang pengalaman aku di Korea yang menyebabkan aku jadi Superb Vegie! LOL!

Jeng...jeng...jeng. Geng-geng Muslim, no worries, now there are lot of Halal foods there! Macam mana nak carik? Ha...ada banyak alternatif. Korang boleh cari pemandu pelancong Muslim. Bukan main2 ni, memang ada tau! Dia memang expert cari tempat makanan Halal yang best.

Okey, ini ada 3 alternatif kalau korang nak travel ke sana:

Cara 1 : Cari pemandu pelancong. Make sure mereka ni local. Sebelum sampai sana, dapatkan details perjalanan/aktiviti korang dan yang paling-paling penting ialah HARGA dia! Yang ni kena check betul2. Mesti tanya satu2, takut nanti ada hidden charge. Tak pasal-pasal kena kelentong.

Cara 2 : Yang ni extreme sikit because you have to explore by yourself!. Takes many time to do research and survey and make sure you really know where you will go. Means... self traveling! Sampai sana, sewa kereta and EXPLORE beb.

Cara 3 : Carilah saudara mara atau kawan-kawan baik korang kat sana. Kalau ada le... Ada ke?Saya tak ada!

Aku guna cara yang pertama tu hehe... Safe and easy. Tak payah nak terbangak-bangak sampai sana nanti. Depan airport tu tour guide korang akan angkat signage nama korang besar-besar. Yang part ni memang aku terbangak2. Almaklumlah, Bali one of the busiest airport in the world. Dah macam ulat taik je aku tengok. Mata kena bukak luas-luas cari nama korang. Dah rasa macam red carpet pun jek!

Yang ni aku kongsikan sikit beberapa gambar permandangan di Bali untuk tatapan korang. Hmm... agak jauh juga kaki aku merayap sana.










Ada banyak lagi gambar-gambar yang best tapi memandangkan kepeningan mata aku nak mencarik so aku jus pick je mana-mana yang sempat. Beratus kot!

Hmm...yang best tempat tinggal kita orang memang authentic giler. Rasanya sape-sape pun mesti tak pernah tinggal sini hehehe... Bawah ni ada pics untuk tatapan korang. Kalau ada berani silalah tinggal di sini. Not bad!


UMAH GRAN GUESTHOUSE BALI
Guesthouse ni memang superb. Biasanya orang barat suka paten2 gini. Dari luar memang tak nampak mcm guesthouse, tapi bila masuk...fuihh...best in the world! Umah Gran ni consider budget hotel, decoration memang BALI giler. Bilik, beranda, living room, bathroom semua BALI. Bangun pagi buka beranda memang freshhhhh... korang tengok pic no 3 tu. Rasa tak nak balik dowh!





PONDOK WISATA GRYA SARI

Ha, yang ni memang tahap paling seram. You know why??? We are the only guest there. Boleh dikatakan macam duk dalam hutan. Memang sangat dekat dengan Banjar Hot Springs, jalan lima minit je beb. Tapi bila malam, mak oi! Seram, sunyi dan gelap. Macam 'benda tu ada' merata-rata sampai tour guide minta tukar bilik bersebelahan dengan kita orang. Penakut gak. Tapi the best thing about this 'pondok' bilik dia memang awesome and superb besar. Bilik air dia boleh tergolek-gelantang luasnya. Ni ha pic dia. Cantik kan?




Dekat Kuta kita orang tinggal kat The Zuk Hotel. Not bad, boleh2 la. Yang hotel ni aku tak sempat nak snap. Bilik dia kecik, tapi ada swimming pool kat luar.

Secara keseluruhannya, BALI memang awesome. Boleh tengok culture dorang memang sangat kuat dan masih dipraktikkan sampai sekarang. Tapi kena HATI-HATI bila tour guide prefer mana-mana restoran. Mesti tanya anggaran harga kerana sesetengah restoran memang giler mahal. Kita orang makan dua orang pun dah nak dekat dua ratus. Makan bebek je kot...!

Comments

Post a Comment

Popular Posts