AnYong HasEyo..... (Part 1)

Wallawei...! Pada peminat-peminat K-Pop tu mesti mengidam nak ke Korea kan? Dengan harapan boleh jumpa dengan idola-idola kesayangan korang. Tapi... jangan harap, unless korang dah beli tiket konsert dorang OR nasib korang baikkk punyer. Huh, sekor pun aku tak jumpa melainkan gambar, poster dengan cd dorang yang berlambak merata jalan. So, jangan berangan lebih, just enjoy the Korea scenery.... Zasssss...

Travel ni aku plan dengan office-mate aku awal-awal, giler-giler awal. We booked almost 10 months earlier. Hmm... bergegau juga nak tunggu masa tu. Memang exited. Nasib baik kita orang bukan jenis yang minah ala-ala K-Pop kalau tak, mau menggila menghitung hari. Masa tu Air Asia tengah ada promotion, tak silap aku flight ticket lebih kurang RM600 (+++). Nasib baik kawan aku sorang ni pandai plan, so semuanya diserahkan pada dia.Yang bestnya kami tak guna tour guide (macam di Bali), everything self explore! Jom zasss xpdc kami!

Aku boleh jamin perjalanan kita orang ke Korea tak macam orang lain. Kami explore banyak state termasuk Jeju. Kami naik teksi, bus, train, flight dan hampir plan naik ferry juga. 2 minggu kami bermastautin di sana dan dalam dua minggu tu juga aku boleh dikatakan hampir menjadi Master Vegie...!

Okay, ini dia itinerary kita orang. Aku akan ceritakan satu-persatu!

DAY 1-2 (KL-Incheon-Seoul)
Kami sampai Incheon Airport lebih kurang jam 10 malam. Diorang punya airport mak aih....besor dowh. Line train dia pun memang pening. Habis je check imigresen dan collect bagasi kami berambat-rambat mencari subway dari Incheon ke Dongmyo. Keluar je dari subway, barulah dapat nampak langit Korea yang gelap, angin time tu boleh tahan kuatnya. Fuhh...sejuk... lagi-lagi tu autumn season.

Okey, sambung balik. Sampai je Dongmyo, kami terus ke SPARAX. Apa itu SPARAX? Hehe.... yang ni typical spa in Korea. Sparax dia buka siang dan malam untuk relax. Kami just pay steeper fee of 10,000W untuk duduk situ sampai ke pagi. Dia provide locker, spa T, short and towel. Tapi...bila kami masuk change room and bathhouse dia, semua korea gurl NAKED! OMG...dosa mata aku. Bukan setakat yang muda tapi yang dah kedut-medut pun sama. Diorang memang selamba giler, macam dah biasa jerk. Tanpa menambahkan dosa mata aku, lepas tukar baju kami terus masuk ke spa. Yang ni memang bercampur-baur, ramai orang. Lepas cari port yang baik sikit, apa lagi...zzzzz sampai pagi.

Macam nilah SPARAX. Pic tu aku cilok dari tenet, aku tak sempat nak snap sebab dah penat sangat. Yang ada dalam kepala aku time tu ialah zzz... Tapi dalam ni memang nyaman sangat untuk tido.... feeling warm in the autumn season.

DAY 2-3 (Sokcho)
Keluar je dari SPARAX kami terus cari subway dari Dongmyo menuju Dong Seoul Bus Terminal. Kami nak menuju ke Sokcho! Kami naik bus je dengan harga 17,300W sehala. Perjalanan ambil masa selama 3 jam. Driver dia memang Initial D betol dengan jalan gunung yang berbengkang-bengkok. Sebelum kami bertolak, kami ke Mart (Korea bersepah dengan Mart sepanjang jalan) beli roti dengan banana milk untuk breakfast. Aku memang giler dengan banana milk diorang!

Apa yang best di Sokcho? Kalau korang ke sini korang diwajibkan ke Seoraksan National Park. The beauty of nature in Seoraksan superb awesome. Sila tengok beberapa gambar yang aku snap untuk tatapan korang ek.
 
Seoraksan. One of the Korea attraction. Untuk ke atas korang boleh panjat atau guna cabel car. Untuk pemalas macam aku ni sah-sahlah guna cabel car. Dak aih nak mencabut lutut sendiri. Dia punya scenery superb weh!
Jangan mimpilah lepas keluar cabel car korang boleh terus berdiri di puncak. Jejak je kaki korang kena memanjat tangga pembuang lemak ni lebih kurang 15-20 minit. Kalau korang super power mungkin masa tu cepat sikit. Aku jalan memang tahap slow gaban, nak menengok keindahan alam kononnya. Kat sini banyak ajumma & ajushi!
Bila dah penat mendaki korang akan jumpa pemandangan ini! Ingat, perjalanan anda tidak berakhir di sini, kerana korang perlu panjat puncak yang depan tercanak tuh. Kalau tak nak pun tak apa, tak ada paksaan. Tapi, alang-alang dan mencurah peluh baik korang terus panjat je! Yang tu semua batu-batan, be careful ek. No security here, kalau terjerumus ke bawah sendiri tanggung. Oh ya, sini kita orang jumpa banyak mamat-mamat Thai. Sawadikap! See? Banyak ajumma kan?
Jeng-Jeng-Jeng...Finally! Sampai juga ke puncak. Sesiapa yang ada niat nak naik sini silalah mengucap banyak- banyak kot-kot terlompat ke bawah mati katak pulak. Tak ada gate ek, kebarangkalian nak terjatuh tu agak 'baik'. 


Dua gambar di atas ni ialah pemandangan kaki gunung. Apa yang ada di sini ialah Buddhist Temple. Kalau korang perasan tulisan di atas (pic 2) tu ialah tulisan Cina. So, korang tau-taulah yang orang Korea ni berasal dari mana.

Untuk tempat tinggal di Sokcho aku cadangkan The House Hostel. The owner very friendly, helpful and fluently speaking in English. Free breakfast (roti + susu / tea). Hostel ni memang murah dan agak selesa.


Dua gambar di atas ni ialah The House Hostel. Deco dia memang cantik, wooden. Gambar no 2 tu ialah deco di luar hotel. Kalau korang nak breakfast kat luar pun okay aje.

DAY 3-5 (Gyeongju)
Selesai explore Sokcho, kami naik teksi dari Gangneung ke train station. Taxi fees tak hengat berapa. Kami akan gunakan train untuk ke Gyeongju. Menarik tak? Untuk tiket train ini korang dinasihatkan book awal-awal melalui online. Jangan last minute ek, takut tiket habis. Perjalanan ambil masa 6 jam untuk sampai ke Gyeongju.

Train ni sesuai pada sesiapa yang rasa nak mendalami keindahan alam/geografi Korea. Train ni memang superb slow tapi pemandangan dia memang best. Korang akan melalui tepian pantai, gunung-ganang, ladang epal, ladang mandarin, padi dan macam-macam. Aku sempat chit-chat dengan passenger sebelah aku, orang Korea. Pandai dia speaking weh. Katanya dia akan berhenti ke Busan. Sempat lagi dia bagi aku coklat. Coklat tu dari Jeju lagi.

Okay, sampai ke Gyeongju, kami sibuk nak mencari hostel, dah jenuh berpusing-pusing membaca map tapi tak jumpa. Dekat sejam kami meronda-meronda. Cuaca sejuk dah tak terasa sejuk memandangkan kepenatan kami mengangkut beg. Entah macam mana tergerak hati bertanya kat seorang ajushi ni. Dia punyalah baik suruh kita naik bas dengan ajumma-ajumma mana entah, rupa-rupanya ajushi tu pemandu bas. Terus dia hantar kami ke hotel yang dicari. Alhamdulillah.... jumpa gak. Ajushi! Gamsahamida!

The next day, tempat pertama kami pergi ialah Yangdong Village! One of the Gyeongju attraction. Dari pekan Gyeongju kami ambil bus untuk ke sana. Di Yangdong Village kita boleh tengok performance, games, old village, paddy field, persimmon tree, variety farms etc. Korang tengok sendirilah gambar bawah ni.







Yangdong Village memang betul-betul wajah kampung Korea. Dari segi rupa bentuk rumah, tanaman dan pemandangannya. Aku ambil banyak gambar di sini tapi sorry ek sebab tak dapat tunjukkan yang lain-lain sebab terlalu banyak.

Selain itu korang boleh juga pergi ke Bulguksa Temple dan Seokguram. Salah satu tempat yang menarik juga. Suasana tempat ini adalah seperti berikut (formalnya):






Inilah perjalanan aku di Korea hingga hari ke-5. Ke mana weh lepas ni? Okay, kami akan menuju ke Busan sebelum terbang ke Jeju Island. Hmm... nantikan entry aku seterusnya ek...Zassss!



Comments

Popular Posts