Bermotivasikah Kita???


Korang pernah dengar perkataan MOTIVASI? Semasa zaman sekolah aku tak betul-betul kenal apa ke bendanya MOTIVASI tu. Pada aku ianya hanya galakan untuk study (macamlah rajin belajar sangat kan???). Bila dah besar sikit pun aku masih tak faham sampailah satu tahap aku kena mengadap sesuatu benda sendirian tanpa sesiapa di belakang aku. Pada aku konsep mativasi senang saja. (Myself + Effort + Move + Success). Tada...!

Setiap orang akan mendefinisikan MOTIVASI dengan cara yang berbeza. Ada yang kata idola mereka adalah motivasi dan bla...bla...bla... Sebenarnya aku betul-betul faham maksud motivasi semasa aku dalam keadaan kritikal dan masa tu aku berfikir macam mana aku nak selesaikan masalah / capai sesuatu tanpa bergantung pada orang. Lebih kurang macam pencapaian matlamatlah. Nanti aku ceritakan beberapa contoh situasi melalui entry di bawah ni.

Aku terjumpa satu website yang menceritakan tentang motivasi. Memang aku tertarik dengan penyampaiannya. Korang boleh search "redlemonclub" dan selongkar isi kandungannya. Simple, creative, informative & useful. Memang sesuai sangat untuk sesiapa yang sukakan motivasi. Sangat-sangat berguna dan menarik! Okay, aku tolongkan copykan sikit ek, topik dia "Powerful Ways to Motivate Yourself, Right Now". Dia senaraikan sebelas cara untuk memotivasikan diri.


HAVE FUN
Maksudnya 'have fun' for whatever you do. Hmm...korang jangan salah faham dengan maksud ayat ni. Jangan sampai semua benda korang betul-betul buat 'fun'. Bayangkan kalau seorang doktor 'making fun' di operation unit, mau tak naya jadinya. Elok-elok boleh bernyawa berpuluh tahun, kejap-kejap tu terus kojoi.

Maksud penulis ini ialah kita just enjoy apa saja yang kita buat. Awal-awal set dalam kepala yang korang happy dan just do what you have to do with fun (benda yang baik-baik je ye). Misalnya bos korang suruh outstation ke Sri Lanka dan kawan yang sorang lagi diarahkan ke Australia mesti korang menguncam kan, tak puas hati. Daripada membusukkan hati why not kita cari something positif dan anggap urusan kerja di Sri Lanka sesuatu yang hebat dengan berharap senang nak 'deal' dengan orang Sri Lanka berbanding mat salleh mata biru, rambut putih tu. Dari situ, korang dah start ada keyakinan dan minat dalam diri. Senang kan? Korang juga mungkin boleh fikirkan tempat-tempat menarik di Sri Lanka untuk korang lawati. Tujuannya agar korang lebih bersemangat untuk trip korang ke sana.


ACT YOUR CHARACTER
Pernah dengar perkataan hipokrit? Ha... ini adalah penyakit berbahaya tak berpenawar yang secara tidak langsung menyebabkan muka korang talamnya bertepek-tepek (bermuka dua tiga talam). Sebolehnya cuba jadi diri sendiri dan jangan over do it atau lower down your grade. Dia pun ada mention tentang "Just be who you want to be", jangan pulak korang ambik term ni untuk perangai negatif korang, hancusss....!

Who cares what people think! Just be yourself!
Salah satu masalah kita ni ialah kita terlalu mencuba. Terlalu sangat. Tak salah untuk mencuba tetapi jangan ter'over' dos pulak ya, sebab bila kita meletakkan diri kita pada paras di luar kemampuan kita pasti akan berlaku perkara sebaliknya. Statement ni bukan untuk mematahkan semangat korang yang berkobar-kobar untuk mencuba tetapi hanya sebagai panduan apa maksud sebenar "mencuba". Okay, contohnya kalau korang tahu yang korang hanya mampu untuk berlari selama 10km dalam 30 minit, tapi korang nak cuba untuk 30km dalam 30 minit, mungkinkah? Tak boleh kan? Kalau boleh pun mungkin akan ada benda lain yang timbul, mungkin masalah kesihatan, fizikal ataupun mental. Bila nak lakukan sesuatu perlulah ikut daya mampu kita, dan bila mahu mencapai sesuatu yang lebih dari kemampuan kita perlu buat step by step, iaitu ambil masa untuk belajar dan practice.

Atau contoh paling senang ialah karekter diri korang. Misalnya korang ni jenis serius, pendiam dan suka mengasingkan diri. Untuk tarik perhatian tiba-tiba korang jadi peramah, buat lawak tak tentu kira, mulut bising pok pek pok pek macam buntut ayam. Korang rasa apa persepsi orang lain? Silap-silap orang cakap kita ni mereng pulak. Hmm...fikir-fikirkan ya. Be yourself!


SIT WITH YOURSELF
Macam mana tu? Jangan pulak korang membela hantu raya semata-mata nak 'sit with yourself'. Tu dah jadi benda lain weh... Okay, sekarang cuba tanya diri sendiri "Adakah aku benar-benar kenal siapa diri aku?". Percayalah, ramai orang di dunia ni langsung tak kenal diri sendiri, lebih-lebih lagi yang ada unsur-unsur negatif (hemm...siapa nak ngaku buruk sendiri kan?). Pernahkah korang mengakui kelakuan diri korang contohnya macam... "oh...aku memang pentingkan diri sendiri, officemate sebelah rumah pun tak bagi tumpang", "muka aku bengis kot sebab tu orang takut", "aku ni sebenarnya kedekut, tau nak cilok makanan orang je", "ketiak aku memang hangit, sebab tu kawan-kawan lari" atau banyak lagi benda lain yang korang tau ada dalam diri korang tapi tak nak mengaku. Cayalah, mesti ada punyer! Aku pun ada... alalala...

Macam mana nak kenal diri? Hmm...cari tempat sunyi, duduk diam-diam, pejamkan mata dan bernafas dengan tenang. Cuba tanya soalan ini pada diri sendiri dan jawab dengan jujur. Jangan hipokrit dengan diri sendiri a.k.a tak mengaku kekurangan diri. Jawab dengan jujur dan kenali diri sendiri ya.


1. Siapa aku?
2. Adakah orang di sekeliling aku menyenangi aku?
3. Apa kekurangan aku?
4. Sempurnakah aku?
5. Adakah aku pentingkan diri sendiri?
6. Kuatkah jiwa aku? (a.k.a aku ni jiwa kacau ke (haha...)?
7. Adakah aku mempunyai keyakinan diri?
8. Aku ni seorang yang bertanggungjawab ke?
9. Muka aku hensem ke?
10. Adakah aku berfikiran matang?

Sesi ni lebih kurang macam muhasabah diri. Semasa korang tanya soalan itu, cuba nilaikan diri dengan sejujurnya dan fikirkan bagaimana cara untuk untuk tingkatkan potensi diri.

P/S: Sesi ini tak sesuai untuk orang yang syok sendiri. Harap maklum ek, takut jadi benda lain pulak!


CLEAN UP
Part ni memang kaitan dengan hygiene ya. Macam mana nak motivate diri kalau persekitaran tak bersih, ye dak? Kebersihan merupakan salah satu faktor untuk motivasi diri. Apa gunanya dalam dada berkobar-kobar tapi bila tengok keadaan sekeliling yang macam sarang ular hurhh....padam terus niat korang. Bersih weh!

Kalau office berterabur macam ni, bukat setakat motivasi malah akal korang pun boleh hilang : )

USE YOUR IMAGINATION
Pernah dengar "the power of imagination"? Kalau tak pernah ringan-ringankan jari korang memetik keyboard, search for Pak Cik Google ya (jangan ringan jari untuk bergosip, mengomen negatif etc). Imaginasi sebenarnya mampu menggerakkan motivasi korang yang dah lama "tak mengomben" dan duduk berteleku tu. Percaya tak? Dengan hanya sedikit motivation, perubahan boleh berlaku dari malas ke rajin, gagal ke lulus, sedih ke gembira, lembap ke pantas, mengong ke cerdik etc. Tapi kita mesti tahu apa "point" yang boleh memotivasikan kita. Sebagai contoh mungkin harapan ibubapa, contoh kejayaan orang lain, rasa tercabar (persaingan) dan sebagainya. Biasanya rasa motivasi akan keluar bila korang tengok kejayaan orang lain dan rasa tercabar kan? Sebabnya korang pun nak benda yang sama!

Imaginasi itu power. Cuma kita saja yang tidak pandai memanfaatkannya.
Okay aku bagi satu contoh yang femes sangat sekarang ni. Kuruskan badan! (ha..sape yang slim-melim tu jangan angkat kening ek, nyampah!). Pernah dengar London, New York and bla...bla...bla... slimming centre? Korang chubby-mubby tu dok meleleh air liur ngadap perubahan badan mereka yang dah slim tu, bukan setakat slim tapi bertambah cantik gitu! Lepas tu sebelum tido mulalah korang pasang angan-angan dan berimaginasi yang korang akan kurus macam tu. Siap berposing sana-sini dengan baju bersaiz kecik (mesti ada kan? kan?). Hmm...esok pagi tak sempat ayam berkokok korang dah tercongok depan pintu kedai slimming tu. Maksudnya korang jadikan inspirasi orang lain + imaginasi (kononnya badan korang kurus dan boleh pakai berjenis baju) untuk motivasikan diri. Selain ke slimming centre tu mungkin korang plus usaha korang untuk bersenam atau jaga pemakanan. Nak kurus kan...?

Tapi, uols jangan terlebih imaginasi pulak, karang boleh jadi cerita Mat Jenin. Kelapa entah ke mana, tuan puterinya pun entah ke mana. Alih-alih terjelepok bawah pokok kelapa. Imaginasi tu biarlah positif. Misalnya korang berimaginasi suatu hari korang nak buka business dan lama-lama akan jadi maju dan kaya-raya. Bagi bebudak sekolah cuba imaginasi slip SPM tu terpantak nama korang dengan result straight A's! Buat setiap pagi sebelum melangkah ke sekolah. Nescaya akan menggerakkan motivasi korang. Tapi, mesti seiring dengan usaha ek, jangan berangan kosong, buat menyemakkan memori otak korang jer.


LOSE FACE
Ha! Yang ni bukan muka hilang, jatuh muka, muka gedabak, muka sesat, muka senget atau yang sewaktu dengannya. Nak menerangkan memang payah sikit tapi aku bagi situasi sikit ya.

Misalnya korang adalah bos yang paling disegani di tempat kerja. Semua yang keluar dari mulut korang semua orang ikut tanpa banyak cakap. Bukan setakat disegani malah arahan korang satau-satu pekerja korang kutip, memang salute gilerlah. Ha... hebat kau! Then, satu hari company korang ada satu krisis yang sangat serius dan ketika itu datanglah office boy korang yang berjawatan cenonet gitu memberikan pendapat bernasnya. Bayangkan sebelum ni korang memang tak pernah terima mana-mana cadangan, semuanya datang dari kepala otak korang yang genius tu. Rasa tercabar tak? Mestilah korang cakap tak kan? Sebab korang tak betul-betul dalam situasi. Okay, sambung balik. Bagi sesetengah bos yang berego tinggi mungkin dia akan cakap "Wei! Keje pu ngantor surat je ada hati nak ngajo aku yang berkelulusan PHd dari London ni? Gaji ko tu pun tunggu soploh tahun baru capai sebulan gaji aku!" (lebih kurang macam tulah).
Jadi, kalau korang mengamalkan konsep "Lose Face" ni korang akan dengar pendapat pekerja-pekerja korang (tak kira apa jawatan) dan terima pendapat itu jika ianya benar-benar relevan. Apabila korang amalkan konsep ini sikit pun maruah, martabat, pangkat, face, gigi, janggut, kutu korang tak akan jatuh, malah akan dihormati dan disenangi oleh pekerja. Tak salah "Lose Face" untuk membuatkan orang-orang di sekeliling korang selesa dan rasa dihargai. You just ignore what others think of you. The more you practice this the more benefits / happiness you will get. Trust me beb!


ASK YOURSELF QUESTIONS
Lebih kurang yang macam no 3 tu tapi berlainan kerana no 3 tadi adalah soalan-soalan yang berkenaan untuk mengenali diri korang. Untuk part ni, cuba korang ting...ting...ting... soal-siasat otak korang tu untuk membangkitkan minda korang yang dah berkulapok! Kadang-kadang banyak perkara yang kita abaikan sampai ada yang terlupa. So, refresh your brain with questions! Antara soalan-soalan yng korang boleh lemparkan ke otak korang ialah:

1. Apakah yang terbaik untuk diri aku?
2. Apa kesilapan yang telah aku lakukan dan sudahkah aku betulkannya?
3. Apakah perkara yang masih belum aku lakukan?
4. Sudahkah aku mencapai matlamat hidup aku?

Ada banyak soalan yang boleh korang ajukan pada diri-sendiri. Teknik ini amat baik sekali kerana tak semua benda akan disoal oleh orang lain, terutamanya yang melibatkan perihal peribadi. Mak korang pun belum tentu tanya soalan-soalan tu. Kalau bukan diri sendiri siapa lagi kan?


REFRAME YOUR PROBLEM
Ada orang memandang masalah sebagai satu jalan penyelesaian. Namun, kebanyakan kita menganggap masalah sebagai disaster, annoying, stress, fate, buntu, terkapai-kapai, suicide dan bla bla bla... Tapi tahukan korang sebenarnya bermula daripada masalah, maka jalan penyelesaian akan tercipta. Apa yang kita nampak, kita lalui selama ini kebanyakan pernah melalui masalah. Contohnya, tanpa adanya masalah kesihatan, tak mungkin adanya seorang doktor dan tanpa adanya masalah komunikasi jauh antara kita tak mungkin komputer, radio & telefon akan tercipta. Betul tak?

Setiap masalah ada penyelesaian dan setiap penyelesaian itu berpunca daripada masalah. Jadi, apabila kita ditimpa satu musibah atau masalah, jangan terlalu stress, mengalah dan berserah. Ingat, dengan hanya menangis, meraung, meratapi akan sesuatu perkara sesekali tidak akan memberikan apa-apa jalan penyelesaian. Contohnya macam aku. Tiap kali ada sesuatu perkara penting yang aku kena lakukan aku akan nervous giler dan tidak boleh lelapkan mata (bangun pagi badan lenguh-lenguh, mata bengkak). Apabila perkara itu telah berlalu aku fikirkan balik, aku rasa rugi dan menyesal kerana membazirkan masa tidur aku sedangkan perkara esok tetap akan berlaku. Dengan hanya mata aku terkebik-kebil di tengah malam tak boleh tidur, benda yang sama tetap akan berlaku. Tiada apa yang akan berubah kan? Apabila aku renungkan balik hal ini, aku berubah 100%. Apa yang berlaku esok tak akan mengganggu tidur aku!


TAKE BABY STEP
Bukan ambil kaki baby, bukan tarik kaki baby dan bukan berjalan macam baby. Bukan! Bukan! Bukan! Apa yang kita perlu buat ialah mulakan langkah pertama. Jangan terburu-buru atau terlalu drastik. Miracle tak akan berlaku kalau kita duduk berteleku dan tidak bergerak. Bak kata orang Perak, "tak ngomben weh"!

Sebelum kita mengambil langkah/tindakan, kenalpasti apa tindakan-tindakan yang patut dilakukan dan mulakan secara perlahan-lahan. Jangan terburu-buru. Ibarat anak burung yang baru lahir ingin terbang tinggi. Jika terlalu tinggi, maka jatuhnya juga akan menjunam. Bukan tak boleh tapi mulakan step by step ya.
From the little tiny step until the large step.

Percaya tak, apabila kita mulakan langkah, apa yang akan berlaku di hadapan kita akan lebih mudah teratur. Dari situ, kita mula belajar untuk memberanikan diri untuk mencapai sesuatu hingga ke paras maksimum dengan langkah pertama! Apabila adanya kejayaan pada langkah pertama, secara tidak alngsung akan memotivasikan korang untuk meneruskan langkah ke dua... ke tiga... ke empat dan lagi... lagi... lagi!



BRAINSTORM
Rasanya aku tak perlu nak terangkan lebih-lebih part ni sebab semua orang tahu maksudnya. Cuma ambil kertas dan pensel kemudian carikan beberapa member korang untuk berkumpul dan berkongsi pendapat. Jangan sangka hanya pendapat kita saja yang terbaik dan perdapat orang lain pula macam hampeh. Kadang-kadang orang lain pun mempunyai extra knowledge / experience berbanding kita.

Dah duduk dengan member-member tu jangan pula bergosip, berforum dan mengumpat. Berbincang secara serius dan keluarkan apa saja idea yang korang ada kemudian tulis dan senaraikan. Tak kiralah apa jenis pendapat pun. Tulis semua yang korang ada. Kalau ada seratus pun korang mesti senaraikan. Kemudian, bincangkan semula dan short list'kan idea-idea korang yang berkepuk-kepuk tu. Motivasi kita sebenarnya mudah tercetus jika adanya dorongan dan paduan daripada orang-orang sekeliling.


Itulah antara teknik-teknik untuk mencetuskan motivasi ke dalam diri kita. Motivasi tidak akan datang dengan sendiri (macam ilham) jika tidak digerakkan oleh diri sendiri serta persekitaran kita. Okay uols, take your fist step okay!

Comments

Popular Posts