Tips Melancong Ke Korea


Anyong Haseyo...!

Sesiapa yang mengambil pakej mana-mana agensi pelancongan untuk ke Korea jangan terasa ek sebab entry ni tak sesuai dengan korang. Kalau yang ambil pakej pelancongan korang memang akan goyang kaki, angguk kepala je. Semua agent yang akan uruskan, korang cuma hulurkan duit. Hmm... believe me, with this tour you will not really know where you have been and what the place is called. Peluang untuk korang berkomunikasi dan mengenali orang Korea akan terhad. Memang tak akan ada explore experience.

Masa di Pulau Jeju aku ada jumpa segerombolan pelancong Malaysia (aku jumpa ramai sangat pelancong Malaysia & Thai di Korea) dengan menggunakan khidmat agent. Lepas usha-usha sikit mereka cakap kos pelancongan dalam RM 3500(+ + +) untuk seminggu. Nak tau bajet aku? Jumlah yang hampir sama termasuk bajet shopping sakan aku untuk selama 2 minggu beb. Tapi korang janganlah bandingkan dengan keadaan hotel kami, sah-sahlah mereka punya lagi best, tapi who cares??? Yang penting bajet beb! Kemungkinan mereka berhabis RM4000(+ + +) untuk pakej dan shopping (seminggu je kot...). Caj lain kita tak tau kan?

Tapi, apa-apa hal bergantung kepada keyakinan diri korang. Kalau korang ada keyakinan dan keberanian korang boleh try backpacker. Tapi, kalau rasa first time nak buat dan kurang pasti baik korang gunakan agent, next time boleh cuba travel sendiri kan? Oh ya, untuk kaum perempuan, kalau boleh jangan travel sendiri. Mesti bawa kawan atau ahli keluarga untuk keselamatan, melainkan korang memang terror buat flying kick.

Okay, tanpa berlengah lagi, jom kita zass apa yang perlu korang tahu dan apa persediaan yang korang kena buat untuk ke Korea. Moh weh...


~ ACCOMMODATION ~
Booking tempat tinggal awal-awal. Kalau boleh beberapa bulan sebelum bertolak supaya korang dapat harga yang baek punya. Boleh cari di Hostelworld, Asia Rooms, Agoda, Booking.com etc... Macam yang aku katakan sebelum ni, tak payah nak fussy sangat dengan tempat tinggal. Asalkan murah, selamat dan dekat dengan kawasan pelancongan. Tak payah nak berkira bintang bagai. Korang duk dalam hotel tu pun memang betul-betul untuk tido, berak & kencing je. Yang lain tu semua merayau keluar. Kalau korang nak tahu keadaan hotel tu atau feedback daripada pelanggan yang pernah tinggal di situ korang boleh tengok di TripAdvisor.

Hotel di atas bukan gurauan semata ek. Ada sesetengah hotel / guesthouse yang buat konsep Korean traditional bedroom. Kalau korang nak experience macam ni memang ada banyak hotel yang offer. Kalau aku memang idak le sebab malas nak menunduk dan sakit pinggang sebab travel jauh. Hehe...kalau casual travel memang okay jer.

~ MAKANAN / SNEK ~
Bawa snek, biskut, serunding, roti atau mee cup untuk bekalan makanan korang. Ingat, jangan harap korang boleh makan apa saja di sana kerana tak semua halal beb. Bukan itu je restoran makanan halal memang mahal bebeno. Kalau malam-malam susah nak cari makan, korang pelahap je mee cup tu. Kalau nak try mee segera Korea pilih yang ada cop Vegetarian, yang tu halal. Jangan pilih ramen mee yang bukan-bukan ek. Penting ni!
Gambar kecik atas tu tau apa? Jangan fikir bukan-bukan ek, tu bukan mee kejung, yang tu ialah serunding. Korang boleh guna jadi lauk atau pencicah roti korang. Hmmm...pic no 2 tu memang pebret aku giler-giler. Banana milk! Bersepah-sepah kat serata mart di Korea. Senang nak dapat dan menyenyangkan makan pagi korang!

Siapa yang cakap tak tau apa ke benda ni memang nak kena lepuk. Pura-pura tak tau makanan rugi korang kan? Mee Cup! Yeah...tak baik dimakan selalu tetapi sangat sesuai untuk travel. Ringan dan mengenyangkan!

~ BROCHURES / MAPS / DICTIONARY ~
Siapkan tangan tu dengan map dan kamus Korea. Kalau malas sangat download tab korang dengan dictionary. In case, korang just tunjuk tulisan di tab untuk communicate dengan orang Korea yang tak tau English. Selain tu korang boleh ke Korea Tourism Organisation website, mereka ada sediakan satu E-Books yang sangat-sangat berguna untuk pelancongan korang. Download jew!
Selain daripada sumber di atas korang boleh beli buku, majalah atau brosur. Kalau buku aku prefer Lonely Planet. Memang sangat details tentang setiap ceruk-cemeruk sesuatu kawasan. Best!

~ TRAVEL INSURANCE ~
Beli travel insurance. Jangan terlalu yakin keselamatan korang tu, anything can happen weh. Banyak agensi offer insurance ni. Aku langgan Tokio Marine Insurance. Bukan mahal pun, takkan beratus-beratus, just sebagai perlindungan, in case if have any emergency kan?

~ PAKAIAN ~
Kalau korang datang musim sejuk make sure bawa baju tebal-tebal yang boleh tahan sejuk. Bawa sekali cap, socks & gloves. Jangan duk syok-syok udara sejuk last-last korang sakit. Kalau sakit time travel memang mafan tol. Apa-apa rancangan tak jadi, some more korang kena spend duit untuk medical. Kopak weh!
Cantik kan fesyen atas ni. Jangan korang main hentam pakai tak ikut season. Nanti merana badan jerk!

~ KASUT ~
Kepada backpacker yang banyak berjalan (a.k.a guna kaki) sila pilih kasut yang sesuai dan comfort. Almaklumlah keadaan jalan di Korea yang banyak berbukit dan bercuram, memang heel yang korang banggakan tu tak jalan, buat campak ke longkang je. Preferrable sport shoes macam Nike, Puma, Reebook etc. Nak pakai boot pun boleh. Sebab kaki anda adalah aset berharga untuk travel, kalau salah pilih kasut alamatnya bengkak-bengkuklah jawabnya.

~ WANG / CASH ~
Duit! Duit! Duit! Better korang tukar duit di Malaysia sebab kalau korang tukar di Korea atau di Airport korang akan dapat rate yang rendah. Jadi, jangan main sebat je mana-mana pengurup. Sila buat research dan cari pengurup yang boleh offer paling tinggi. Pastikan korang tau rate matawang terkini dan berapa harga jual beli untuk sesuatu matawang.
Inilah duit Korea. Amount nampak besor je sampai terbulat mata tapi nilai dengan duit kita cenuit jer. Masa aku ke Korea tak silap aku rate 1000W = RM 3.333. Better korang check dengan pengurup atau bank untuk accurate info.
Salah satu benda penting yang korang kena ingat ialah teknik penyimpanan duit. Biasanya korang akan bawa banyak cash. Walaupun korang ada standby berkepuk-kepuk kredit kad, haruslah diingatkan dong tak semua barang boleh dibeli dengan card. Cash penting! Jangan letak cash money di tempat yang sama, cuba asingkan kepada dua bahagian. Nak tau kenapa? Sebab kalau korang kena cilok, habis sekaligus duit korang melayang. Melopong je la weh... Hati-hati dengan cash ni, simpan tempat yang selamat dan paling tersorok. Kalau boleh pakai jaket / first layer shirt yang ada poket di dalam (mesti ada zip ek).

Ataupun korang boleh guna cara aku. Aku bahagikan cash aku tiga bahagian. Satu bahagian dalam wallet, satu bahagian dalam baju/seluar (zip kuat2) dan satu bahagian aku taruk dalam beg. Ha, senang. Kalau kena cilok satu bahagian at least aku ada dua bahagian lain kan? Takdelah melopong sangat mulut aku.

~ CREDIT CARD ~
Sangat-sangat digalakkan selain wang tunai. Kalau korang desperate sangat at least credit card may offer you some help. So, kepada shopaholic untuk barang-barang yang mahal, baik guna credit card, takkan korang nak usung cash korang yang berkepuk-kepuk tu kan? Buatnya kena rompak, menggigit jarilah korang.

~ MUSLIM TRAVEL ~
Untuk mendapatkan maklumat Muslim Travel to Korea korang boleh contact dengan Korean Tourism Malaysia. Mereka akan minta korang hantar satu envelope bersetem dan nanti mereka akan bagi banyak brochures dan maps berkaitan pelancongan di Korea. Salah satu brochure tu akan ada guide untuk Muslim tourist. Cubalah contact, mereka memang super helpful.
Antara salah satu usaha yang dilakukan oleh bahagian pelancongan Korea untuk menarik Muslims ke Korea. Memang ada banyak info yang korang boleh dapat. Hmm...sesiapa yang ada niat nak ke Nami Island, korang jangan risau sebab di sana ada Halal restaurant. Boleh refer Pak Cik Google ek!

~ UBAT-UBATAN ~
Jangan lupa bawa ubatan-ubatan. Kepada yang memang kena makan ubat mengikut jadual sila bawa ubat yang mencukupi dan lebih sikit. Apa-apa hal senang. Kepada yang sihat-sihat tu stand by panadol, minyak urut / angin, julap ke, ubat selesema dan lain-lain untuk emergency. Takut korang pergi ke mart, korang tak tau nak beli yang mana satu. Nanti communicate macam ayam dengan itik.
Jangan pulak bebulat korang ikut kat pic atas ni sampai sebabun medical kit korang hangkut. Fikir-fikirkan ruang ya kawan-kawan sebab kalau terlebih berat syarikat penerbangan akan kenakan charge. Bawa yang penting jer.
~ LUGGAGE ~
Luggage/Bag. Cuba check apa jenis beg korang. Beg ni pun ada pengaruh untuk keupayaan badan korang. Kalau korang memang betul-betul follow konsep Backpacker, maka korang mesti menggunakan backpack. Di pasaran ada banyak jenis backpack yang ada banyak function seperti aliran aingin, penjagaan tulang belakang dan macam-macam. Kalau korang nak tau backpack lagi selesa dibawa dan terasa lebih ringan berbanding hand luggage sebab bahu korang lagi kuat berbanding sebelah tangan. Memandangkan keadaan muka bumi Korea yang tidak rata, penggunaan hand luggage akan menambahkan beban pada sebelah tangan terutamanya bila korang kena memanjat dan menuruni tangga / kawasan berbukit. So, tak balance kan? Ok, fikir-fikirkan ek!

Tapi tak siapa nak larang pun kalau korang guna hand luggage, tangan masing-masing kan? Hand luggage pun ada kebaikannya sebab kalau korang melalui jalan rata korang just sorong je troli tu...shyuuu...laju jer, cuma tak recommend untuk perjalanan jauh, especially bila korang ke kawasan berbukit, berbatu dan seangkatan dengannya..... Aku faham, korang nak style punyer guna hand luggage kan? Kan? Kan?
Antara contoh backpack yang korang boleh consider. Kalau ada bajet lebih bolehlah beli brand atas tu (Deuter), kalau tak de mana-mana pun boleh TAPI tolong jangan rembat CAP AYAM ek sebab buatnya terburai tengah jalan tak ke naya nak mengutipnya, lagi-lagi yang terburai tu 'secret' sangat....

~ T-MONEY CARD ~
Sebaik korang pijakkan kaki korang ke tanah Korea, benda pertama yang korang kena buat ialah beli T-Money Card. Kad ni memang sangat convinience sebab korang boleh guna untuk bus, taxi dan subline, jadi korang tak perlu beratur serta berhimpit-dimpit . Kalau kita guna kad ni fee untuk public transport lebih murah 100W daripada harga biasa. Kalau balance dah kurang korang just top up je. Maklumat lanjut sila ke sini http://english.visitkorea.or.kr/enu/TR/TR_EN_5_4.jsp
Inilah rupa T-Money yang aku guna dulu, sekarang ni mungkin design dah tukar kot. Wajib beli ni bila sampai sana unless korang guna teksi sepanjang jalan, yang tu lain cite. Super berbolai dengan T-Money!


Okay, aku rasa itu sahaja benda-benda penting yang korang perlu note. Tang lain tu mungkin korang boleh fikir-fikirkan sendiri. Jangan lupa passport ek, kena update dan tengok tarikh luput. Korang punya passport boleh digunakan 6 bulan sebelum tarikh luput. Kalau dah terlebih silalah ke pejabat Imigresen untuk renew. Jangan sampai korang tersangkut kat Imigresen sudah...

Comments

  1. waaaa... bestnya. teringin jiga hendak pergi sana ^_^

    ReplyDelete
  2. Fyna Ahmad, tak rugi ke sana. Convinient sangat dan memang ramai Malaysian melancong sana.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts