AnYong HasEyo..... (Part 2)

Day 5-6 (Busan)
Okay! Siapa yang kenal Busan kan? Busan merupakan bandar ke dua terbesar selepas Seoul. Bayangkan, jumlah penduduknya hampir 3.6 million! Tertimbus terus KL. Busan punya scenery memang super-duper! Kalau kawasan bandar dia memang bangunan banyak berceracak tapi bila tengok permandangan semulajadi...fuhh...cantik giler. Wokeh! Kita sambung cerita kita ek.

Dari Gyeongju ke Busan kami naik bas je. Jimat dan mudah. Tiket dia tak silap aku 4500W sehala dan ambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Sesiapa yang ada masalah terkucil tu jangan risau ek sebab dia akan berhenti beberapa kali untuk korang buat 'bisnes'. Kalau korang travel awal pagi sila-silakan pack roti, jajan or banana milk untuk alas perut dalam bus. Gambar bawah ni bus yang kami naik dari Gyeongju ke Busan.


So, sampai je ke Busan kami terus mencari tempat tinggal kami iaitu di Zen Guest House. Guesthouse ni agak simple je, iaitu bilik di condo dijadikan hotel. Maksudnya kita kena tinggal sama-sama dengan tuan rumah tapi dont worry pasal safety, mesti selamat punya. Most of the hotel, hostel or guesthouse owner able to communicate in English. Sesiapa yang self travel / backpack adalah dinasihatkan untuk tinggal di bajet-bajet hotel/hostel memandangkan korang duduk situ cuma untuk tido, berak, mandi etc. Oh ya, kalau korang rancang perjalanan ke Korea pastikan book tempat tinggal awal-awal, yakni sebelum korang terbang ke sana. Insya-Allah dapat harga yang terbaek!

Okay, tanpa berlengah kita kembali semula ke landasan cerita perjalanan aku tadi ek. Dah check in semua kami terkonok-konok turun nak menuju ke Taejongdae Resort Park. Tak ada maknanya korang ke Busan kalau tak datang sini. Park ni antara tempat paling aku SUKER di Korea berbanding Seoul dan Jeju. Nak tau kenapa? Scrolll...scroll....

Taejongdae Resort Park ni memang DAEBAK, besar. Korang boleh pilih berjalan kaki atau guna Danubi Train (yang macam dalam zoo tu) untuk explore park ni. Kalau aku, korang faham-faham jelah, mestilah naik train. Serius weh kalau jalan kaki mau berderai lutut. Jalan dia bukan macam tempat kita sebab korang kena jalan mencuram ke atas, ada mencuram ke bawah, lepas tu memanjat balik. Sempot dowh... So, aku faham kenapa orang-orang Korea slimmm jer. Park ni free entrance tapi untuk train tu korang kena bayar 1500W

Apa jadahnya korang ke sini? (a.k.a apa yang menariknya di sini?)
- Natural Observation Path
- Lighthouse Cruise Ship
- Lighthouse Jagal Madang
- Natural Observation Path
- Gumyeongsa Temple
- Taewon Jagal Madang
- South Port Viewing Point 
- Rock Beach
- Pine Tree
 ps: Semua port-port kat atas tu super awesome. Kat sini baru aku kagum dengan Korea nature beauty. 

Ada banyak pilihan pakej di sini, ada untuk couple, family, cruise bla...bla...bla... Baik korang tengok pic di bawah ni untuk dapat gambaran jelas. Kalau ke KOREA, mesti datang ke sini, tau!

Inilah rupa Danubi Train. Sebiji macam dalam zoo tu kan? Ada banyak point yang korang boleh singgah dan setiap point ada stesyen dia untuk korang sambung perjalanan ke next point. Convinience sangat... tapi yang aku benci kena berebut Q, or else... Sayonara! Kalau train ni dah full, korang kena tunggu next train ek. Yang ni bukan fesyen bas bangla yang kromo menyumbat lagi tak mau.
Masa naik train tu aku sempat snap beberapa gambar sebelum sampai ke point yang kami nak pergi. Rasa nak tekan loceng (kalau ada) nak suruh pilot tu berhenti kat sini. Nyaman sangat sangat dengan angin sejuk dia.




Gambar-gambar di atas tu semuanya di Lighthouse Jagal Madang (Taejongdae Resort Park). Korang kena menuruni tangga untuk ke rumah api, kemudian ada lorong bertangga menuju ke tebing batu (gambar terakhir). Bila korang berdiri mengadap laut dan dihembus bayu musim luruh memang rasa tak nak balik. Rasa nak bawak tikar bantal ke situ haha... Serius beb, kaki korang kena kuat untuk berjalan.

Selain park tadi tempat yang korang mesti singgah ialah Jagalchi Market. Jagalchi Market ni memang sangat-sangat dekat dengan Nampo Port. Lepas lepak-lepak sini korang boleh terus ke Nampo Port, tengok matahari terbenam. Kalau korang tengok gambar-gambar di bawah ni yang sempat aku ambil, ada sesetengah menatang di situ tak aku tau.




Mesti korang tertanya-tanya kan apa ke jadahnya aku ke market ni? Takkan nak tengok menatang tu semua? Ha...kalau korang nak tau di tingkat atas market ni ada food court yang terdapat berpuluh-puluh restoran menjual makanan laut.

Korang jangan pulak pergi sembangan restoran, kang termakan benda yang bukan-bukan tak ke naya? Kalau korang ke sini, korang cari restoran yang pure jual makanan laut. Di sini, kebanyakan restoran banyak menjual sashimi, ala ikan mentah tu, lebih kurang macam sushi, cuma tak ada nasi lekit je. Restoran yang aku ambik ni memang hanya makanan laut dan sayur saja. Ikan dia memang muahhh.... fresh! Side dish berkepuk-kepuk! Meowww...






Selepas proses pengeyangan perut, bolehlah tengok pemandangan Nampo Port. Nga-ngam pulak time tu matahari nak terbenam, so enjoy the view.


Sempatlah juga kita orang merenda-renda di sini. Nyaman dan aman. Kalau korang tengok kat gambar ni ada banyak rumah bertepek-tepek di lereang gunung. Kebanyakan kawasan perumahan mereka memang cenggini.
Pada sebelah malam pula kami memanjangkan langkah untuk tengok Busan Gwangandaegyo Bridge. Bridge ini adalah yang terpanjang di Korea selain incheon Bridge. Kami cuma duduk-duduk atas pasir pantai sampai memandang bridge dan lampu-lampu neon Bandar Busan.



Oh, aku terlupa nak tunjukkan kami punya hostel. Kami tinggal di Zen Guest House, lokasi yang dekat dengan public transport. Korang boleh tengok gambar dalam hostel aku (macam sangkar ayam kan hehe...) dan pemandangan dari luar tingkap bilik kami.
Kebersepahan bilik kami yang tak tau nak kata apa : p

Pemandangan dari luar bilik kami. Dekat sangat dengan train station.
Oleh kerana persinggahan kami di Busan hanya 2 hari satu malam maka tak banyak tempat yang kami pergi. Kami cuma benar-benar spend satu hari sahaja untuk explore Busan, yang lain tu habiskan untuk traveling time. Awal pagi kami packing barang, check out dan menuju ke airport. Kami nak ke Jeju Island!!!. Kali ini kami gunakan Korea Airline untuk ke sana.  Tak silap aku fee dia dalam hundred something kot...

Adalah diingatkan ek yang perjalanan aku ke Korea adalah pada tahun 2011. Sebarang perubahan harga, lokasi, jadual dan seangkatan dengannya di luar kawalan aku. Harap maklum tuan-tuan, puan-puan.

Day 6-8 (Jeju Island)
Untuk pengetahuan korang, di Jeju kami menggunakan perkhidmatan tour guide sebab Jeju tak ada subway, nak naik bus semata-mata rasa macam malas dan rencam jerk. Lepas korang keluar jerk dari airport pak cik guide ni akan terpacak tunggu korang, senang kan? Jadi, kami ambil satu suruh dia untuk bawa kami jalan-jalan di sini selama 3 hari 2 malam (betul-betul enjoy cuma sehari setengah jer). Upah dia agak mahal tapi memang korang rasa sangat berbaloi (kalau ada 3-4 orang) sebab boleh round satu Jeju dengan cepat, mudah dan selamat. Aku tinggal di Yeha Guest House dan yang menariknya di sini pihak hotel sediakan peralatan memasak untuk Muslim peoples, siap ada lock lagi yuols...

Hmm...Di Yeha Guest House aku jumpa tiga orang Malaysia yang sama-sama tinggal di sini. Orang Perak weh... Mereka lagi advance sebab sewa kereta dan drive sendiri. Berani giler! Salute!

Okay serius Jeju Island memang power giler. Korean Government memang betul-betul stress on their tourism. Memang banyak tempat menarik di Jeju dan korang akan habiskan masa berjam-jam bagi setiap aktiviti/tempat . Oleh kerana pic kat Jeju ni bertepek-tepek aku tunjukkan beberapa gambar ek, pening nak pilih pic mana. Antara tempat-tempat aku lawati termasuklah:

Manjanggul Cave
Cave ini adalah the longest lava tunnels in the world. Kepanjangan dia lebih kurang 13km tapi hanya dibuka 1km untuk tourist. Entrance fee dia cuma 2000W. Yang ni memang kami explore dari mula hingga akhir dan patah balik ke pintu gua. Keadaan lava tube ni gelap, sejuk dan hamis dengan taik batman. Banyak incredible things boleh tengok di situ and the main thing dalam gua ini ada di pic no 2 tu.
Antara salah satu laluan kami untuk menuju pengakhir jalan. Selain ini, korang juga akan melalui denai-denai gua yang bergerigi, becak, sejuk dan basah. Silap-silap dihujani taik batman woo...

Inilah watak utama di dalam Manjanggul Cave. Lepas jenuh berjalan korang akan berjumpa dengan heroin ni dan berpatah balik untuk keluar. Bekas lava. Tinggi dan besar gedabak. Baca description kat pic bawah tu.


Seongsan Ilchulbong Peak
Okay, aku review sikit apa ke bendanya  Seongsan Ilchulbong Peak. Ia merupakan gunung berapi yang tidak aktif dan dikatakan berumur lebih seratus ribu tahun (lama weh...). Entrance fee cuma 2000W jer. Untuk ke puncak korang kena mendaki lereng-lereng bukit dan untuk kawasan yang curam mereka buat anak tangga yang mudah untuk didaki. Sampai sahaja ke puncak korang akan nampak kawah gunung berapi yang yang telah dilitupi dengan tumbuh-tumbuhan dan rumput, macam padang. Tapi, pemandangan dari atas Ya Ampun.... superb magnificent. Kalau sunrise memang cantik beb!

Tempat ni memang first list aku di Jeju. Selain pemandangan dia yang superb, alamak aku memang tak boleh selamatkan lutut aku untuk berjalan dan mendaki bukit yang tak tau berapa anak tangga. Termengah, tersempot dan terlonglai aku dibuatnya. Tapi bila dah sampai ke puncak dia, otometik kelonglaian korang hilang 100%. Subhanallah... Cantik giler!

Selepas penat mendaki kami turun ke bawah, di bawah terdapat satu restoran yang betul-betul berhampiran laut menjual makanan laut. According to my tour guide this is one of the famous restaurant here. Lepas masuk, memang tak dinafikan. Ramai orang dan full cepat. To play safe it is advisable to do early reservation in this restaurant before you hike Seongsan Ilchulbong. Sampai je sini korang terus serbu restoran ni buat tempahan dan lepas tu barulah terkedek-kedek ke Seongsan Ilchulbong Peak, okay!

Inilah puncak Seongsan Ilchulbong. Kereta putih tu adalah tour guide kami punya. Masa first time aku dengan kawan-kawan tengok puncak dia, (boleh tahan tinggi) kami decide tak nak daki. Tapi mengenangkan mungkin ini kali pertama dan teakhir kami di sini maka digagahkan juga memanjat. Terketor!
Gambar kami baru menaiki lereng-lereng gukit tu. Baru sampai kat sini je pun dah lenguh. Sah-sah lama tak exercise. Walaupun lenguh tapi best sebab angin sejuk dan scenery yang awesome.
Yeah, dah sampai puncak. Kalau korang tengok pic ni korang dapati kawah dia macam padang ragut. Rata je. Yang laluan kayu akan heading ke bawah. Kalau rajin boleh explore ke bawah tapi aku just tengok jelah sebab dada aku dan sempot kepenatan. Kalau menternak lembu kat sini pun boleh kan?
Inilah keadaan di puncak Seongsan Ilchulbong yang meriah. Korang nampak tak laluan berkayu macam titi (tak tau nak panggil apa) tu? Laluan ni memang bertangga bagai, kaki kena kuat. Aku kagum dengan usaha kerajaan Korea yang gigih perkasakan tourism dia orang. Semua kawasan tourism Korea memang convinience giler!
Pemandangan dari puncak Seongsan Ilchulbong. Dah habis zoooom ni. Tak dapat nampak satu Jeju sebab berkabus dan Jeju agak besar jugak. Korang boleh nampak gerombolan manusia kat bawah tu yang nak naik ke atas.

Inilah main set meals kami. Fuhhh... bila tengok balik pic ni memang meleleh weh. Dia punya saiz seafood memang besar-besar giler. Makan tiga orang. Side dish dia pun bertingket-tingket. (P/S: Klu dapat kuah tom yam...yuuu...)
Aku tak ingat apa nama dia, tapi kategori Pancake. Hmm...sedappp... dalam dia ada seafood dan sayur, kalau ajumma tu tau BM or BI dah lama aku mintak resepi.
Side dish kami, semua jenis sayur-mayur. Fresh and dap...dap...dap...

NOTE: Makanan di atas adalah Halal. Kebanyakan tour guide recommend this place for Muslim. Masa kami makan there was one bus of mak cik & pak cik from Malaysia went here for lunch. Almost all the table has been reserved. Siapa cepat dia dapat! Highly recommended!

Trick Art Museum
The next destination really give you a full of fun. Ke mana kita? Ya... aku telah melangkah masuk ke Trick Art Museum. Sesampai ke sini korang akan tengok bangunan dia berpetak seperti biasa tapi bila masuk wooohhh...tengok sendirilah! Trick Art museum ini lebih kurang macam illusion trick using 3D elements. Semuanya hanya melalui lukisan dinding 3D tetapi dari sudut pandangan kita kelihatan berdemensi. Hmm...entrance fee dia 8000W. Gambar-gambar di bawah ini aku cilok internet sebab ketidaksenonohan pic aku di sini tak dapat dibayangkan & ditayangkan.





Jeongbang Falls
Apa yang menariknya tentang Jeongbang Falls ini ialah ia dikatakan one of waterfall yang directly mengalir ke laut (kononnya...). Dia ada sejarahnya dulu-dulu yang berkaitan dengan 'finding youth herb' yang mungkin menyebabkan tempat ni ada sentimental value. Best ke tempat ni? Menurut pandangan aku, this is the only 'kureng best' place that I visited in Jeju Island. Harap maklum ek. 

Tak silap aku korang kena bayar 2000W untuk masuk. Bila masuk korang kena melalui curam bertangga menuju ke bawah untuk tengok waterfall tu. Punyalah exited nak tengok waterfall yang konon-kononya cantik tu tapi bila sampai bawah aku rasa agak kecewa sebab ianya pemandangan biasa, mungkin specialnya sebab air terjun tu mengalir terus ke laut (tu pun boleh ek?). Aku rasa air terjun kat Lata Kinjang tu lagi superb. Maaf ek kalau sesiapa yang tak setuju, just my opinion. 

Sebagai buktinya korang lihatlah naked photo dari camera aku (pic no. 1) dan komersil photo (pic no. 2). Pic no. 1 memang pic original. Cuba bandingkan dengan gambar-gambar komersil air terjun ni, memang jauh berbeza, nampak macam awesome je, macam best je, tapi idak uols... I kecewa! Tipah Tertipu!
Pic dari camera aku. Betul-betul bogel punyer.
Pic dari internet. Nampak 'woooww'...erk?

Teddy Bear Museum
Kepada peminat setia teddy bear, muzium ini adalah tempat yang mesti korang pergi. Di dalam muzium ni terdapat beribu lemon teddy bear yang pelbagai jenis, bentuk, saiz, warna dan bla...bla...bla... Banyak bebenor. Selain pameran muzium ada satu lokasi untuk shop bear. Hmm... mahal beb...nengok je la...

Salah satu keistimewaan muzium ini, selain menayangkan pelbagai jenis dan bentuk bear, korang boleh tengok bear yang dah berumur berpuluh-puluh tahun sampai terkopek bulu-bulu bear tu. Mereka juga tayangkan bear dengan macam-macam costume dan diletakkan seperti di set drama. Memang authentic giler. Aku hidangkan korang dengan gambar-gambar di bawah ni ek...

Wedding Bear...cute sesangat!

One of the bear set. Ada banyak jenis set lagi dengan pelbagai bear & costume.

Bear yang kehilangan bulu ni memang unik dan antik. Caption bawah bear tu mention "Teddy Bing (1920's)", from Germany, I guess...

Semasa dalam perjalanan menuju ke Seongsan Ilchulbong Peak, kami melalui jalan yang sepanjang jalan adalah pesisir pantai. Laut dia Ya Ampun dong....biru sekali. Memang magnificent giler. Dalam kereta tangan aku tak berenti snap gambar. Hmm...tour guide perasan kelakuan aku tu, so dia pun berhenti situ untuk kami nikmati suasana di situ. Kalau korang tengok pic kat bawah ni mesti terangkat weh. Best...........!


Ya Ampun....cantik banget! Laut dia memang sangat biru. Macam nila tertumpah dalam laut.

Di Jeju, memang banyak sangat batu-batu macam ni. Kadang-kadang rumah dan pagar pun pakai batu-batu yang bertenggek-tenggek ni tak silap aku maknanya ialah untuk capai hajat.


Itu saja yang sempat aku teroka Jeju. Bayangkanlah, kami hanya ada masa sehari setengah je, mana cukup. Silap kami juga sebab tak plan duduk Jeju lama sikit, ingatkan tak banyak tempat yang best. Bila aku dah balik malaysia baru aku perasan yang Jeju banyak sangat tempat-tempat menarik berbanding Seoul & Busan. Huhuhu....next time kalau ada rezeki, nak pergi Jeju dan melawat tempat tempat ni;

- Hallasan Summit
- Gymnyung Maze Park
- Miniland
- Ecoland Train Trip
- Ilchul Land
- Hueree Natural Park
- Shesokak


Day 8-13 (Seoul)   
 
Oleh kerana pengaruh Seoul sebagai capital city of Korea dan dikatakan banyak tempat menarik, maka kami menghabiskan masa kami di sini selama 5 hari. Tapi, sebenarnya gue agak kesal kerana masa di Seoul banyak terbuang untuk shopping kerana kurang tempat aku minat nak pergi. Aku sebenarnya minat dengan benda-benda yang semulajadi untuk dilihat (gunung, laut, hutan, gua etc) dan tiada di tempat kita berbanding dengan bangunan atau benda yang bukan-bukan. Korang mesti tak percaya yang aku tak pergi pun Seoul Tower, event Nami Island pun kami tak terlintas nak pergi. Not in our list! Haish...aku sepatutnya duduk Jeju lima hari! Our biggest mistake! 

Di Seoul kami tinggal dua jenis hostel / guesthouse iaitu Namsan Guest House & Backpacker Guest House (gambar tak ambil sebab bilik tak santek - a.k.a sakit hati). Aku tak recommend korang ke kedua-dua tempat ni walaupun harganya super baloi sebab bilik dia pun super kecik. Bathroom pun tak selesa. Ahh...forget it!

Gyeongbokgung Palace
Serius! Aku memang suka tempat ni sebab tak de di negara kita hehehe. Selain istana, kalau korang ni jenis rajin bangun pagi macam aku ni korang boleh tengok lakonan perarakan mereka pada sebelah pagi. Dia ada schedule tapi aku tak ingat jam berapa, boleh refer Pak Cik google ek. 




Selain daripada istana di atas tu ada banyak juga tempat-tempat menarik yang kami melawat di Seoul (boleh tengok gambar-gambar di bawah) tapi aku tak berapa ingat (sebab bukan wish list aku hehe...). Kami juga pergi ke Itaewon, siapa yang tak tau tempat ni weh, tempat foreigner melepak. Nak cari makanan halal kat sini pun senang. Di Itaewon pun ada satu masjid juga. Korang boleh lihat kepelbagaian manusia di sini. Malangnya masa di Itaewon hujan turun dowh...sejuk...apa pun tak boleh buat.... : (






Jeng-jeng-jeng.... Inilah kebahagiaanku! Ini aku beli free duty in Incheon Airport, masa tu duit ada lagi dalam tangan. Kalau bawa balik Malaysia dan tukar sah-sah dapat rate rendah. So...apa lagi? Kita shopping!
Wokey kawan-kawan! Itulah dia perjalanan aku selama dua minggu di Korea. Kalau ada niat nak ke sini jangan ditangguh sebab Korea memang best walaupun nanti korang akan rindu giler dengan Malaysia! Kalau korang ni yang jenis bajet sangat aku nasihatkan agar pada awal-awal perjalanan korang jangan shopping terlalu giler sangat, just jamu mata je sebab korang akan nampak benda-benda tu lagi banyak, lagi best dan lagi murah di tempat lain. Lagipun buat penat badan je nak mengangkut semua benda tu ke hulu ke hilir. Sebab tu kami rancang strategi untuk meronda area Seoul pada akhir trip sebab banyak barang yang best dan murah ada di Seoul. Semasa di Seoul memang syok shopping sebab dalam tangan masih ada banyak wang (sebab bajet sangat di tempat lain). Serius beb, di Seoul aku duk penat mikir nak beli apa sebab balance duit aku masih banyak lagi. Nak berbelanja pun tak rasa rugi sebab nak habiskan juga duit Korea tuh!
 
 Hmm....Setelah 3 tahun....aku merindui Korea.....Anyong Haseyo....!






















Comments

Popular Posts